Malaysia yang Lagi Satu

Di satu lokasi di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu, sekumpulan aktivis feminis, penjual buku-buku agama Islam, pemblog dan aktivis budaya pop Melayu, isteri pegawai kedutaan Barat, pemuzik Melayu tradisional dan aktivis gay bertemu dan mengadakan aktiviti bersama
selama dua hari.

Peristiwa ini terjadi di Annexe, Pasar Seni, di tempat yang membenarkan pluralisme ini berlaku, tanpa mana-mana pihak menunjukkan rasa tersinggung, walaupun wujud sempadan-sempadan tertentu, terutama melibatkan mereka
yang bergiat dalam bahasa Melayu dengan yang bergiat
dalam bahasa Inggeris.

Pesta buku yang dinamakan alternatif ini jelas sekali berbeza dengan pesta buku establishment di PWTC, dan ini sememangnya tujuan pihak penganjur.
Cuma terlihat unsur-unsur superiority tipikal kumpulan antiestablishment di sini, sejak penganjuran beberapa tahun lalu, dengan menggambarkan di sini lebih cool, tanpa longgokan buku
teks, novel-novel cinta Melayu dan sebagainya.
Tapi di sini juga tidak ada buku terbitan Routledge, Oxford dan Johns Hopkins.
Di sini juga dapat dilihat kebangkitan elemen yang terpinggir selama ini, dengan hasil-hasil tulisan dan kerja seni yang sebahagian besarnya berkualiti dan mempunyai personaliti tersendiri, iaitu bukan yang dihasilkan secara besar-besaran dan kelihatan serupa semuanya.

Kumpulan pemblog dan aktivis seni Melayu Sindiket Sol-Jah menunjukkan pengikut mereka yang ramai, dengan hasil tulisan yang berperisa pop yang menarik, dan tanpa elemen pretentiousness, yang ada kalanya menjangkiti kumpulan yang mula membina pengikut.

Di sini dapat dilihat wacana balas kepada wacana establishment yang dapat diperhatikan di mana-mana. Penerbit buku SIRD, yang banyak menerbitkan dan menjual buku-buku berhaluan kiri yang mungkin akan dilihat sebagai menyebarkan propaganda komunis oleh establishment.
Perkembangan ini mungkin sesuatu yang tidak akan dapat difahami penguasa, dan akan terus melihatnya sebagai penyakit dan bukan sebahagian perkembangan biasa sesebuah negara. Apa yang dilihat di sini mewakili kumpulan-kumpulan yang pelbagai dalam negara ini yang mencari ruang berpartisipasi.
Selain itu, pesta buku dan seni selama dua hari itu juga memberi gambaran persaingan yang lebih sengit dalam wacana budaya dan politik negara pada masa depan.

3 Comments:
Sdr Haris: Saya datang membaca.
Marsli N.O
By
MARSLI N.O, at 5:58 AM
Aktivis gay pun berani tampil ke hadapan sekarang? Majulah Malaysia !
By
Syamsulfaiz, at 7:47 PM
KOOL.. BARU JUMPA BLOG NIH..
By
budak kampung online, at 8:52 PM
Post a Comment
<< Home