Freaky deakies need power too
"Good God. Devon is gay. He's even more powerful than I thought." - Jack Donaghy, 30 Rock"Despite its modern veneer, Muslim-majority Malaysia is a country where it is still illegal — as opposed to merely irreligious — for men of any faith to engage in consensual sex with one another. (Lesbianism is not criminalized but the subject of a religious prohibition, or fatwa.)"
"Kuala Lumpur may boast its share of gay and lesbian bars, and casual visitors can spot scores of transsexuals staffing cafés and department stores. But any open discussion of homosexuality, especially in writing, remains the domain of an enlightened, often foreign-educated few."
Begitu perenggan pertama laporan majalah berita mingguan Time mengenai koleksi sastera gay Malaysia Body 2 Body yang baharu terbit.
Ada satu asas fahaman yang dangkal dan menggambarkan sikap memandang rendah atau condescending terhadap satu masyarakat lain oleh penulisnya, dan mungkin juga oleh majalah itu juga.
Satu kepalsuan besar ditunjukkan sejak awal lagi, tentang bagaimana Malaysia yang kelihatan moden pada permukaannya ini mengharamkan hubungan seks gay.
Kemudian penulisnya menyebut bagaimana diskusi tentang homoseksualiti masih hanya berlaku dalam ruang mereka yang telah mengalami pencerahan.
Homoseksualiti, walaupun mungkin tidak diharamkan oleh undang-undang, tidak mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada di Malaysia, walaupun negara terbabit lebih maju daripada sekadar hanya di permukaan.
Di Amerika Syarikat, yang menyaksikan Barack Obama yang didokong kelompok liberal menang dalam pilihan raya presiden, pada kertas undi yang sama merakamkan penolakan majoriti rakyat California (di negeri Castro District, San Francisco dan Hollywood) terhadap perkahwinan gay melalui Proposition 8.
Terbaharu, di negeri Maine, pada kertas undi, Question 1 mendapat sokongan majoriti rakyat negeri itu, menamatkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan gay.
Aktivis gay sangat mengharapkan Maine akan menjadi tempat yang menamatkan gerakan popular menolak perkahwinan gay, tetapi melalui undian, matlamat itu tidak tercapai.
Maine kini menjadi negeri ke-31 menolak perkahwinan gay melalui undian. Lima negeri, Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont membenarkan perkahwinan gay, tetapi melalui penggubalan undang-undang dan proses mahkamah.
Kesimpulannya, modern veneer tidak menjelaskan apa-apa tentang pendirian ideologi, budaya dan agama sesebuah masyarakat.
Paparan masyarakat gay sebagai kumpulan minoriti terpinggir dan tertindas juga sebenarnya tidak lagi relevan dalam lapangan-lapangan tertentu.
Kumpulan ini secara sedar menguasai lapangan tertentu, membina ruang kekuasaan tersendiri, sehingga mereka yang bukan daripada golongan itu berasa terpinggir.
Pada tahap tertentu, imej tertindas ini telah digunakan sebagai simbol untuk simpati dan mewujudkan kultus cool kumpulan itu.
Artikel berkaitan:
1. Malaysia yang lagi satu.
2. Milk, Nixon dan metanaratif Hollywood.

2 Comments:
Apa yang dikatakan oleh Time itu memang ada kebenarannya. Topik gay masih taboo di kalangan masyarakat kita walaupun wujudnya orientasi ini, dan sememangnya topik ini lebih bebas dibicara di kalangan yang lebih terbuka dan terpelajar. Walaupun masih ada penindasan di AS, tapi mereka masih menuju ke arah itu, untuk menegakkan 'freedom of being', di mana kita masih jauh ketinggalan, walaupun dalam hak asasi wanita yang masih rapuh, lebih-lebih lagi wanita Islam yang tertindas.
Kita ni hidup dalam dunia yang ada realiti. Penindasan dalam apa jua bentuk hanya akan menyumbang ke arah pembantutan negara. Sekarang ni pun dalam Asia Tenggara, Indonesia yang lebih terbuka makin maju kehadapan, begitu juga Thailand yang makin menarik minat pelabur asing. Malaysia seakan arnab yang menyambut kemenangannya terlalu awal sedangkan kura-kura makin menuju kejayaan.
Dah macam keluar topik, tapi adakah rakyat Malaysia, terutamanya yang Muslim, begitu lemah dan rapuh sehinggakan patut "dilindungi" dan takut kepada unsur-unsur yang bukan lazim? Kalau macam tu, katak bawah tempurung la kita ni.
By
Zed Adam, at 10:53 PM
1. Memang keluar topik, meleret dan agak memenatkan.
2. Komen ini berdasarkan pemahaman salah dan bacaan tidak mendalam tulisan di atas.
3. "Kita ni hidup dalam dunia yang ada realiti." Really? Good to know.
By
Haris Zalkapli, at 10:21 AM
Post a Comment
<< Home